| Super Microb |
|
|
|
| Written by Agro Malaysia Portal |
| Tuesday, 12 August 2008 06:13 |
|
Super Microb adalah jenama yang telah di berikan untuk kumpulan bakteria yang di hasilkan dan di kembangkan oleh En. Hamzah Hj. Ali dalam penyelidikannya selepas kewujudan 'EM' dari jepun. Hasil inisiatif beliau, terhasilnya produk 100% keluaran bumiputera tempatan (Malaysia) yang menyamai produk microb baik yg terdapat di pasaran.  Super Microb (SM) adalah ‘bakteria baik’ yang dihasilkan dari pengkulturan campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen/bakteri jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. SM adalah kultur campuran Bakteria asid laktik, Bakteria fotosintetik, Kulat penapaian dan Yis yang baik digunakan dalam sektor pertanian, perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan seisi rumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan lain-lain. Super Microb juga dapat meningkatkan penyerapan nutrien dgn menukar mikro flora tanah,air, udara dan seterusnya meningkatkan kepelbagaian mikrobiologi dalam epersekitaran. Proses anaerobik dan aerobik terlibat secara langsung apabila terdapat kehadiran bakteria baik dalam persekitaran tersebut. Kehadiran SM dalam persekitaran tersebut dapat mengawal bakteria yang tidak berfaedah (heterotropik) menjadikan berfaedah/baik, samaada daripada kumpulan 'decomposer' atau 'sintetik' mikroorganisma yg terlibat, menghasilkan karbohidrat, tenaga, air, gas, asid amino, protein, molekul organik ringkas, bukan organik, vitamin, bioaktif dan humus. |
| Last Updated on Monday, 12 April 2010 22:34 |
Super Microb































































































































































